10 March 2019

11 FOTO: HARI LAHIR KE-46 - CHE TA SAMBUT BERSAMA ANAK YATIM


Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ini memilih untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-46 bersama anak yatim serta tidak dilupakan mereka dari keluarga susah, berbeza dari tahun yang sebelumnya.





Majlis yang diadakan di Sikamat, Negeri Sembilan itu, dihadiri oleh ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan serta tetamu undangan khas daripada pelajar madrasah terdiri daripada anak yatim dan keluarga susah.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Che Ta meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segalanya dalam urusan agama, dunia dan akhirat.

Klik untuk gambar besar


"Ya Allah! Panjangkan umur kami, sehatkan jasad kami, terangi hati kami, tetapkan iman kami, baikkan amalan kami, luaskan rezeki kami, dekatkan kami pada kebaikan dan jauhkan kami dari keburukan, kabulkan semua kebutuhan kami dalam urusan agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau (Allah) Maha Kuasa atas segala sesuatu. [1]. Amin," tulisnya.

Apapun, kami ucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Che Ta dan semoga segalanya dipermudahkan.




















www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Rozita Che wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: