10 March 2019

RESEPSI DI REMBAU - AIDIL AZIZ & FASHA SANDHA JEMPUT 5,000 TETAMU


"Keluarga saya memang ramai, jadi inilah masa yang sesuai untuk jemput semua. Biarpun saya tahu jumlah itu sangat besar dan bukannya mudah untuk uruskan sebuah majlis besar. Tetapi saya harap semuanya dipermudahkan.





"Sebab itulah saya sudah buat persiapan lebih awal agar semuanya berjalan lancar," ujar pelakon Aidil Aziz yang akan mengadakan resepsi belah pengantin lelaki dengan tema tradisional.

Difahamkan, Aidil menjemput seramai 5,000 tetamu termasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media bagi meraikan majlis resepsi perkahwinannya bersama Fasha Sandha, 35.

Aidil, 32, memberitahu persiapan majlis resepsi belahnya yang akan diadakan pada 6 April nanti di kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan sudah pun siap sebanyak lebih 50 peratus.

Bagaimanapun, pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh sebenar majlis pernikahan dan resepsi belah pengantin perempuan yang dijangka diadakan di kampung halaman Fasha di Perlis pada penghujung Mac ini.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Fasha ketika diminta mengulas mengenai perkara itu menjelaskan, kesibukan kerja membuatkan dia tidak sempat menyelesaikan banyak perkara untuk majlis tersebut.

"Perancang perkahwinan memang ada tetapi untuk saya buat tempahan terutama makanan mengambil sedikit masa kerana saya seorang yang sangat cerewet. Saya mahukan makanan yang dihidang nanti sempurna dan sedap untuk tetamu.

"Ironinya ramai orang tidak ambil berat tentang hal ini tetapi makananlah yang menjadi elemen utama dalam sesebuah majlis," katanya yang mengikat tali pertunangan dengan Aidil dalam sebuah majlis tertutup pada 18 November tahun lalu.

Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012, namun bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Instagram Aidil Aziz & Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: