10 March 2019
NADIYAH SHAHAB MAHU OKTOVIA DIBERI RUANG BAIKI DIRI, BERHENTI KECAM
Berhubung kontroversi yang melanda pelakon Oktovia Manrose dengan suami kepada Bella Astillah, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz baru-baru ini, aktres Nadiyah Shahab badiyah, 27, berharap masyarakat memberikan Oktovia ruang untuk memperbaiki diri dan bukan berterusan menghukum atas kesilapannya sebelum ini
Dalam masa sama, Nadiyah yang berasal dari Singapura itu turut berkata sebagai teman rapat, dia berharap masyarakat berlaku adil dan tidak terus menghentam Oktovia.
"Sekalipun dia berbuat silap, berikan nasihat dan kata semangat, bukan menambah masalah sedia ada dengan terus menghukumnya. Kita tidak tahu kisah sebenar di sebalik apa yang berlaku, jadi berikan dia ruang untuk memperbaiki diri.
"Sebagai kawan, Oktovia sangat baik dan saya simpati apabila dia dicemuh bertalu-talu kerana kesilapannya. Jangan terus menilai peribadi Oktovia hanya berdasarkan kontroversi yang berlaku. Cukuplah dengan tekanan yang diterimanya kerana dia juga berhak untuk bangkit dan memperbetulkan kesilapan," katanya.
Klik untuk gambar besar
Nadiyah atau nama lengkapnya, Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab berkata, biar apa juga tanggapan masyarakat terhadap Oktovia, dia tidak akan sesekali meminggirkan wanita itu.
"Sebagai rakan, saya akan tetap ada bersamanya ketika suka dan duka. Dia sudah meminta maaf, tetapi mengapa masih ada segelintir yang terus mengungkit dan membangkitkan kisah yang sudah berlalu.
"Jangan ditambah masalah yang ada, sebaliknya berikan nasihat kerana itu yang dia perlukan saat ini. Kecaman sebenarnya tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya membuatkan keadaan menjadi bertambah tegang," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Nadiyah Shahab & Oktovia Manrose
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment