10 March 2019

SYAMSUL YUSOF: "TAK MAMPU BALAS, CUMA DOA DAPAT KEBERKATAN & SYURGA ALLAH"


"Salam ulang tahun perkahwinan yang ke-5 isteriku.. Terima kasih kerna menjadi isteri yang baik dan taat selama ini. Terima kasih juga lahirkan anak lelaki saya yang comel, Syaikhul Islam. Awak selalu pesan dialah harta saya yang sebenar. Ye sayang saya takkan lupa.





"Saya tak mampu balas semuanya sayang, cuma berdoa semoga awak mendapat keberkatan dan syurga Allah diakhirat nanti. Saya sayangkan awak dan anak kita selamanya," demikian kata pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof yang baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinannya dan isteri, Puteri Sarah Liyana yang kelima kelmarin.

Meraikan hari bahagia itu, Syamsul yang berkahwin pada 8 Mac 2014 dengan Puteri Sarah itu memuatnaik foto beserta ucapan sempena hari istimewa pasangan berkenaan menerusi laman Instagram miliknya.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Syaikhul Islam yang kini berusia dua tahun. Dalam perkembangan terbaru, Puteri Sarah kini hamil anak kedua.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: