10 March 2019

BAPA ANGKAT TENAT DI HOSPITAL - AZHARINA SEBAK, MOHON DOA


"Asalamualaikum semua. Papa Nina sedang tenat di hospital. Dialah yang menjaga dan selalu menasihati Nina bersama mama dari usia nina 18 tahun perkenalan pertama kami sehingga Nina menjadi ibu tunggal sekarang.





"Dialah imam bila mana setiap kali ada bacaan doa dan solat di rumah. Papa Hamidi mengambil Nina menjadi anak angkatnya bila dia mula melihat nina. Kasih sayang papa dan mama tak ada bezanya dengan yang lain. Sama seperti anak kandung mereka.

"Sedih pilu hati Nina melihat keadaan papa begini. Setiap Nina di landa masalah papa selalu mendengar luahan dan menasihati nina bersabar. Di usia 74 tahun dia gagahi setiap langkahnya setiap hari 5x ke surau Nurul Imam dan menguruskan hal-hal surau.

Klik untuk gambar besar


"Doakan papa senantiasa sehat dan kuat menghadapi sakit ini. Semoga papa bisa sembuh. Anakmu Nina... Sayang papa," luah penyanyi Azharina Azhar yang pilu melihat keadaan bapa angkatnya, Hamidi, 74, yang sedang tenat di hospital.

Azharina yang sebak melihat keadaan bapa angkatnya itu meluahkan isi hatinya menerusi akaun Instagramnya kelmarin. Menurut Azharina, kasih sayang yang diberikan bapa angkat kepadanya tidak pernah berat sebelah dan sama seperti anak kandungnya.

Dalam pada itu, melihat pada ruangan komen, rata-rata peminat Azharina mendoakan kesembuhan bapa angkatnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azharina


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: