10 March 2019

DEDAH WAJAH - 'MOHAMED AL FATEH', NAMA ANAK KELIMA LIZA HANIM


Menerusi laman Instagram, bintang Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Liza Hanim telah mendedahkan wajah anak kelimanya yang dilahirkan penghujung Januari lalu, buat pertama kalinya. Memilih nama 'Mohamed Al Fateh', Liza memuatnaik foto lelakinya itu selepas 44 hari dilahirkan.





"Assalamualaikum dunia.... perkenalkan anak saya yang ke 5, Mohamed Al Fateh, hari ni Fateh 44 hari. Fateh lahir kecik je, 2.8kg tapi hari ni dah 4.2kg 😍😍 Doakan Fateh menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang beriman serta berjaya dunia akhirat. #babyfatehlh," tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan Fateh selain mendoakan agar anak lelakinya itu membesar dengan sihat.

"Tahniah... Semoga mnjadi ank yang soleh, anak yang akan berbakti pada ibu bapa... Semoga membesar dengan sihat... Selamat berpantang kak Liza Hanim," komen @adeqristynaa_angah

Klik untuk gambar besar


"Comelnya! Besar dengan sihat & kuat baby Fateh, moga jadi pelindung untuk ibu & ayah kelak," tulis @arilabdul

"Macam baby girl saya kak @lizahanim79. Lahir 2.76kg, sebulan 4.2kg. Semoga Al Fateh menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat," kongsi @anishafizah_ismail

Untuk makluman, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Getaran Cinta Di Jiwa' itu mendirikan rumah tangga dengan bekas kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada 2003.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 16, Marissa Qalreen, 10, Mohamed Salahuddin, 8, dan Mohamed Ibrahim, 4.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Liza Hanim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: