16 March 2019

AL-FATIHAH - WAFA ABDUL KADIR KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada keluarga pelakon popular era 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 52, yang meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor, awal pagi tadi selepas hampir lima tahun bertarung dengan kanser peritoneal.





Allahyarhamah Wafa dilapor menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 pagi tadi dengan meninggalkan suami, Tajul Faizal Tamimuddin, 52, dan beberapa anak.

Personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi yang menganggap arwah sebagai 'Kak Long', mengesahkan perkara itu ketika dihubungi BH. Beliau berkata, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, untuk disembahyangkan.

"Jenazah arwah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, sebelum solat zohor," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, berita pemergian pelakon filem 'Azizah The Legend' itu turut dikongsi sahabatnya, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, dalam laman Facebook.

Laporan sebelum ini menyebut Wafa disahkan menghidap kanser ovari tahap empat pada April 2015. Berikutan itu, beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita, iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan omentum (lapisan yang menutup bahagian perut).

Selepas pembedahan itu, Wafa yang merupakan anak bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Talib itu kembali sihat tetapi pada awal 2016, beliau berdepan pula dengan kanser peritoneal. Allahyarhamah juga dilaporkan sudah menjalani 18 sesi kemoterapi bagi menghapuskan sel kanser.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: