16 March 2019

ANAK ANGKAT, ROHANA KENA HINA - JASMIN HAMID LAPOR POLIS, SAMAN


"Kepada para netizen bully cyber yang telah mencela anak perempuan saya, boleh tunggu saman dari saya. Ada lebih daripada 15 nama di dalam police report yang akan diambil tindakan undang-undang atas tindakan mencela yang tidak berasas di IG dan FB saya serta blog.





"Segala butiran bully cyber telah ada pada pihak polis," tulis pelakon Jasmin Hamid yang nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pengguna laman sosial yang bertindak menghina dan mencela anak angkat perempuannya, Rohana.

Menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram miliknya, Jasmin telah membuat laporan polis terhadap pihak yang terbabit selain mengeluarkan saman.

Nekad bak kata Jasmin, tindakan itu sebagai amaran selepas sekian lama berdiam diri biarpun dipijak oleh individu yang tidak pernah dikenalinya.

Klik untuk gambar besar


"Jika selama ini saya hanya abaikan dan block segala komen negatif tapi kali ini saya bertegas memgambil tindakan kepada netizen bully cuber yang tidak bertanggungjawab serta agresif melemparkan celaan kepada anak perempuan saya tanpa sebab yang munasabah.

"Adakah anda tidak merasa takut mencela anak yatim? Mereka ni pun bukan supporters saya! Pihak berkuasa sentiasa menunggu butiran bully cyber yang masih ingin melemparkan celaan atau fitnah di laman sosial saya untuk diambil tindakan undang-undang! Saya harap tiada lagi nama-nama yang akan di tambah di dalam list cyber bully ini selepas ini!" tambahnya.

Sebelum ini, tular gambar Jasmin bersama anak perempuannya di media sosial bersama kata-kata cacian yang menyifatkan anak gadisnya kelihatan seperti mak nyah. Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati Jasmin hingga tampil menjelaskan identiti sebenar gadis itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Jasmin Hamid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: