09 March 2019
"KALAU BENAR... SUDAH PASTI TAK SAMPAI JOHOR" - BEKAS PEMANDU CHE TA
"Tuduhan dilemparkan oleh Che Ta tidak benar sama sekali, jika dakwaan ke atas saya itu benar mengapa dia tidak memberhentikan saya pada bulan pertama dan kedua saya bekerja dengannya. Mengapa apabila ditularkan berkenaan tunggakkan gaji saya baru nak buat kenyataan mengatakan saya lalai, tidur dan sebagainya?
"Jika benar saya lalai dalam pemanduan sudah pasti tidak sampai ke Johor Bahru... Saya memandu kereta dan boleh pulang ke Subang Jaya dalam keadaan selamat. Jika ada bukti yang mengatakan saya lalai dan sebagai mana tuduhan yang dilontarkan kepada saya sila buktikan. Jangan hanya membuat kenyataan jika tiada bukti kukuh.
"Itu sudah menjadi fitnah kepada saya," demikian kata bekas pemandu Rozita Che Wan (Che Ta) iaitu Mohamad Riduan yang menyangkal dakwaan memandu secara lalai sehingga terlelap seperti didakwa pelakon dan usahawan dan juga meminta isteri kepada pelakon Zain Saidin mengemukakan bukti kukuh atas dakwaan dibuatnya kerana ia adalah fitnah.
Kontroversi antara Che Ta dengan bekas pemandunya nampaknya tak selesai lagi apabila pemuda tersebut terus mengeluarkan kenyataan mempertahankan segala tuduhan Che Ta terhadapnya. Jika pada Jumaat, Muhamad Riduan, 21, dalam satu kenyataan bertegas enggan memohon maaf terhadap Che Ta kerana merasakan dia tidak bersalah.
Klik untuk gambar besar
Menerusi hantaran di Facebook, pemuda itu yang baharu bekerja selama dua bulan mendedahkan Che Ta enggan membayar gajinya sebanyak RM2,000.
Dalam respons segera, pelakon 'Kiah Pekasam' itu memberitahu sudah menjelaskan bayaran dituntut pada Khamis lalu namun terkilan dengan sikap bekas pemandunya yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah bagi menjatuhkan reputasinya.
Che Ta pula dalam satu kenyataan lain mendedahkan, Riduan menunjukkan prestasi hambar sepanjang tiga bulan bekerja dengannya sehinggalah terlelap ketika membawa Che Ta dan keluarga ke Johor Bahru. Ekoran itu, Che Ta meminta individu itu tampil memohon maaf secara terbuka selain sudah merujuk perkara itu kepada penguamnya untuk tindakan mahkamah.
Sementara itu, Riduan memberitahu dia tidak akan memohon maaf seperti yang dituntut aktres itu kerana apa yang berlaku bukan kesalahannya. Katanya, sejak awal dia sudah melihat niat Che Ta memang tidak mahu membayar gajinya.
"Sebelum ini saya sudah berhubung dengan pembantu peribadi Che Ta iaitu Nani untuk bertanyakan soal gaji. Dia sendiri yang mengelak daripada menghubungi saya dan memberitahu apa-apa perkembangan mengenai gaji. Selepas perkara ini tular saya diberitahu barulah Che Ta hendak menyiapkan cek untuk membayar gaji," jelasnya.
"Mereka tidak matang dalam membuat sesuatu keputusan, saya sudah jelaskan berkenaan perkara ini dan mahu diselesaikan secara baik di antara kedua belah pihak. Tetapi jika dia tetap mahu mengambil tindakan seperti yang dinyatakan, teruskan dan saya sedikit pun tidak gentar dengan tindakannya," katanya.
Mengulas mengenai kenyataan Che Ta yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, Riduan berkata, dia tidak mempunyai sebarang isu mengenai perkara itu kerana itu adalah haknya. Katanya lagi, dia tidak perlu berasa takut kerana yakin berada di pihak yang benar selain mempunyai bukti kukuh sebelum menularkan isu itu di media sosial.
"Mereka tidak matang dalam membuat sesuatu keputusan, saya sudah jelaskan berkenaan perkara ini dan mahu diselesaikan secara baik di antara kedua belah pihak. Tetapi jika dia tetap mahu mengambil tindakan seperti yang dinyatakan, teruskan dan saya sedikit pun tidak gentar dengan tindakannya," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment