10 March 2019

'OH DUNIA INI PENUH KEPALSUAN' - AISHAH NAFI LAGUNYA BERTUJUAN SINDIR


Menafikan tanggapan single terbarunya, 'Oh Dunia Ini Penuh Kepalsuan', diterbitkan dengan tujuan menyindir pihak tertentu, penyanyi, Aishah sebaliknya berkata, karya berkenaan dihasilkan berdasarkan pengalaman pernah dilaluinya tatkala mula berjinak-jinak dengan media sosial.





"Tajuk lagu itu mengambil inspirasi lirik lagu popular saya, Janji Manismu. Mesejnya lebih kepada menceritakan mengenai kehidupan manusia yang tidak kurang bersifat palsu, lebih-lebih lagi dalam dunia media sosial. Ramai yang tidak menggunakan identiti sebenar semata-mata untuk mengecam orang lain.

"Bagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk menyindir sesiapa, sebaliknya sekadar coretan pengalaman saya sendiri. Saya memang terkejut melihat sikap netizen yang sesuka hati memaki hamun.

"Ketika mula-mula berdepan situasi sebegitu, saya diserang darah tinggi apabila membaca komen yang ditulis mereka," dedah pemilik nama lengkap Wan Aishah Wan Ariffin ini.

Klik untuk gambar besar


Mengulas mengenai judul lagu terbabit, penyanyi berusia 54 tahun itu berkata, dia sengaja memilih tajuk yang panjang kerana ingin mengembalikan semula nostalgia lama.

"Kalau kita perasan, suatu masa dahulu tajuk lagu kita panjang-panjang, tetapi sekarang ada yang menggunakan sepatah perkataan sahaja.

"Jadi, apa salahnya jika saya kembali menggunakan judul panjang? Setidak-tidaknya, terserlah juga keunikannya," kata pemilik vokal mantap ini.

Dalam perkembangan lain, Aishah bakal bergandingan dengan penyanyi, Nora Ariffin, dan pemain saksofon terkenal, Alif Nasir di 'Spectacular Secretaries Week Luncheon 2019' yang akan diadakan di Palace of the Golden Horses pada 25 April depan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: