10 March 2019

MASUK HOSPITAL - ZUL ARIFFIN MINTA MAAF KEPADA PEMINAT JAKARTA


"Terpaksa keluar dari pawagam dan terus ke hospital. Kepada peminat dari Jakarta yang hadir ke tayangan perdana tadi, saya tak dapat nak berjumpa dan bergambar selepas tamat filem.





"Saya minta maaf," kata pelakon Zul Ariffin yang memohon maaf kepada peminatnya di Jakarta apabila terpaksa keluar awal dari pawagam ketika tayangan perdana filem dibintanginya, 'Misteri Dilaila', di ibu negara Indonesia itu akibat masalah kesihatan.

Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin, 33, menerusi laman Instagram miliknya berkata keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan membuatkan dia terus ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Pelakon itu yang menerima rawatan di sebuah hospital di Jakarta itu turut meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat berjumpa dan bermesra dengan peminatnya di negara berkenaan.

Dalam pada itu, Zul turut memuatnaik gambarnya ketika sedang dirawat dan berdasarkan keterangan foto terbabit, difahamkan inilah kali keempat dia melalui situasi (tidak sihat) seperti itu dalam tempoh sebulan.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkongsian terbaru, Zul kemudian memuatnaik gambarnya yang berada di lapangan terbang untuk kembali ke tanah air. Sementara itu, rata-rata peminat memberi kata semangat dan mendoakan pelakon itu segera sembuh.

"Tidak mengapa. Saya percaya mereka (peminat Indonesia) memahami situasi awak. Semoga diberi kesembuhan dengan segera!" tulis pemilik akaun @zulfarah_lovers.

"Zul mesti kuat! Supaya cepat sembuh, jaga kesihatan. Kami peminat Zul sentiasa mendoakan yang terbaik buat Zul. Bila tak sihat, kami pun berduka cita," kata @asmidar_123.

Zul berada di Jakarta bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya itu yang ditayangkan sejak 21 Februari lalu. Selain Zul, pelakon lain yang membintangi naskhah arahan Syafiq Yusof itu ialah Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor, Mas Khan dan Namron.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: