24 March 2019

NELYDIA SENROSE NIKAHI HAFIZ AWAL APRIL INI?


Selepas terpalit kontroversi sewaktu menerima kejutan daripada kenalan rapat yang menganjurkan 'Bachelorette Party' untuknya, ramai peminat yang tidak sabar dan tertunggu-tunggu bilakah tarikh sebenar pelakon Nelydia Senrose bakal berkahwin dan disatukan dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz.





Meskipun mengesahkan bakal bernikah tahun ini, Nelydia yang popular menerusi drama 'Lafazkan Kalimah Cintamu' enggan membuka mulut mengenai butiran perkahwinannya.

Bagaimanapun baru-baru ini menerusi Harian Metro, teman kepada Cik Pang memaklumkan aktres itu khabarnya akan bernikah pada minggu pertama April depan.

Klik untuk gambar besar


Jika benarlah apa yang disampaikan itu, ini bermakna tinggal kurang dua minggu saja lagi Nelydia bakal bergelar isteri orang.

Di kesempatan ini juga kami mengucapkan sekalung tahniah buat Nelydia kerana bakal membuka lembaran baharu dalam hidupnya. Kami doakan semoga Nelydia berbahagia hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang ramai.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nelydia Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: