14 April 2019

MUATNAIK FOTO KERTAS MEWARNA - NOURUL DEPP KONGSI KISAH DISEBALIKNYA


Penyanyi Nourul Wahab Depp menerusi satu entri di laman Instagramnya telah bercerita tentang bagaimana dia dan suami mendapat idea untuk menamakan anak di dalam kandungannya. Menurut Nourul, sebaik sahaja mereka memutuskan untuk mempunyai seorang lagi cahaya mata, mereka merancang untuk mendapatkan anak perempuan.





Nourul yang kini sedang hamil 7 bulan anak keempatnya berkata, suaminya, Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis itu memberitahu merancang dan Insya-Allah, Allah akan tunaikan... cuma perlu berusaha.

"Di sebalik gambar ini: june 2018 seperti tarikh di dalam gambar, kami satu keluarga ke Phuket. Tiba di resort itu, hujan berhari hari. Kami hanya di resort dan melayan anak-anak di playroom yang ada. Ada aktiviti mewarna. Kertas yang saya dapat ialah kertas ini," tulis Nourul merujuk kepada lukisan seorang gadis.

Menurut Nourul dia mewarna tanpa ada berfikir apa-apa dan hanya ingin melayan anak saja. Tambah Nourul lagi, dia berkongsi nama Isabella Depp bersama suaminya sambil menunjukkan lukisan tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Bila dah nak dekat habis tu, baru terfikir - eh dapat gambar ni. terfikir pasal baby girl yang kami plan. Habis mewarna, teruih ja tangan ni gatai sign nama Isabella sebab dalam kepala masa tu lagu Isabella yang dok terbayang.

"Dia kata simpan. Itu imaginasi yang bisa membantu untuk mencapai hasrat. Insya-Allah. 2 bulan selepas itu tak lagi pregnant. Sehinggalah august saya putuskan tak apa lah kalau tak ada. Dah ada 3 anak pun," tulis Nourul.

Kata Nourul, dalam membuat keputusan tersebut, tiba-tiba Allah mengurniakan tanpa disangka-sangka. Nourul turut berkongsi bagaimana dia mengikut kalendar Cina untuk mengandung dan makan makanan yang sesuai untuk mendapatkan cahaya mata perempuan.



"Apa yang nak dikatakan di sini ialah semua yang kita nak, kena plan, doa dan usaha. Imaginasi itu membantu andai kita benar mahukan sesuatu. Letak depan mata. Lihat tiap-tiap hari. Law of attraction! Insyaallah menjadi.

"Kami bersyukur sangat2. Alhamdulillah. Bukan percayakan gambar ini. Ianya hanyalah secara kebetulan. Tapi usaha dan doa yang telah kami letakkan," kata Nourul.

Itulah cerita di sebalik nama Isabella Depp yang dipilih. Tambah Nourul, dia saja ingin berkongsi cerita, dan gambar tersebut dibingkaikan dan disimpan di rumah sebagai kenangan.'

Untuk makluman, Nourul dan Eric yang bernikah pada 6 Jun 2012 itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang diberi nama Zachary Depp, 6, dan Raphael Depp, 4. Dalam perkahwinan lalu bersama komposer dan penyanyi Ajai, mereka mempunyai anak perempuan yang sudah mencecah usia 20 tahun, Ayu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nourul Wahab Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: