11 May 2019

"THIS RAMADHAN MUNGKIN TAK SEMPAT TUTUP AURAT TAPI SEMPAT TUTUP KOMEN" - SAKINAH


Semua mengetahui mengenai pelakon Sharifah Sakinah yang sinonim dengan karakternya yang gila-gila dan penampilannya yang agak seksi. Biarlah dikecam teruk, beliau tetap dengan pendiriannya yang tidak mempedulikan segala kritikan. Untuk apa tertekan dengan persepsi orang lain?





Baru-baru ini, Sakinah dilihat menutup ruangan komen di akaun Instagramnya, ramai juga yang tertanya, ada apa-apa serius yang berlaku? Menerusi InstaStory, Sakinah telah menjelaskan sebab dia bertindak menutup ruangan komen di laman Instagram.

Kata Sakinah, bagi menghormati bulan Ramadhan yang mulia, beliau menutup ruangan komen kerana tidak mahu terpengaruh dengan kata-kata negatif.

Klik untuk gambar besar


"Hi semua, lupa nak wish dekat korang selamat menyambut ramadhan. Lepas itu, the reason why I turn off the comment sebab Sakinah tak nak baca my komen, takut terpengaruh pulak. So, for this ramadhan mungkin tak sempat lagi menutup aurat, tapi sempat menutup komen di Instagram," katanya.

Alahai, ada sahaja gelagat Sakinah ini. Tidak dinafikan tutup aurat itu wajib tetapi kita juga perlu menjaga kata-kata di bulan Ramadhan. Barulah seiring kan?




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: