30 June 2019

AL-FATIHAH - HALIL CHIK KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada keluarga penyanyi era 80-an, Halil Chik, 70, yang meninggal dunia akibat akibat kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung ringan di Hospital Ampang, kira-kira jam 7 pagi ini. Allahyarham Halil dimandi serta dikafankan di hospital dan seterusnya dibawa ke Masjid Bukit Antarabangsa untuk solat jenazah.





Rakan baiknya, Datuk Tommie Tumiran memberitahu kini beliau harus menunggu kedatangan ahli keluarga Allahyarham Halil yang kebanyakannya menetap di Singapura: "Semua ahli keluarga arwah sudah dimaklumkan dan sekarang saya masih menunggu kedatangan mereka di Masjid Bukit Antarabangsa. Mereka (keluarga arwah) meminta saya menunggu dan harapnya dapatlah mereka sampai ke ibu kota dari Singapura sebelum jenazah selamat dikebumikan nanti".

Sebelum ini, Allahyarham Halil dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas jatuh dari katil di kediamannya di Bukit Antarabangsa jam 9 malam, pada 19 Jun lalu. Datuk Tommie berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi anaknya. Pada hari pertama, dia kelihatan baik saja, masuk hari kedua dan seterusnya keadaan kurang stabil.

"Sepuluh hari lalu arwah dimasukkan ke hospital akibat serangan angin ahmar selepas jatuh dari katil di rumahnya di Bukit Antarabangsa. Semalam, keadaannya makin teruk hingga tidak boleh makan. Ketika anak sulungnya menjaganya di hospital, saya mendapat khabar bahawa dia sudah meninggal dunia pada jam 7 pagi tadi," jelasnya.

Jenazah dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana jam 5.30 petang ini bagi menunggu ketibaan keluarga dari Singapura," katanya yang turut memberitahu ketika mendapat rawatan di Hospital Ampang, doktor mengesahkan tekanan darah Halil tinggi melebihi bacaan 200 serta diserang strok dan memasukkanya di wad 6B untuk jagaan rapi.

Halil atau nama sebenarnya, Abdul Halil Chik berstatus duda sejak 21 tahun lalu mempunyai dua anak lelaki, masing-masing berusia 22 dan 23 tahun. Sejak menceburi arena nyanyian pada 1970-an, antara dendangannya yang menjadi siulan ramai adalah 'Joget Bunga Melati', 'Kemesraan', 'Sejak Mengenal Cinta' dan koleksi lagu hari raya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: