30 June 2019

PANGGIL USTAZ & USTAZAH AJAR - NETIZEN PUJI & DOAKAN SERINA & ANAK-ANAK


Jika sebelum ini penampilan dirinya yang sudah berhijab menerusi akaun Instagram miliknya itu menarik perhatian pengikutnya baru-baru ini, kini perkongsian pelakon Serina Redzuawan mengenai tanggungjawab memberi pendidikan agama kepada dua anaknya, Tristan Tareef O'luanaigh, 8, dan Isabella Safiyya O'luanaigh, 7, ini turut menerima pujian serta doa daripada netizen.

Malah, hati netizen turut tersentuh melihat telatah dua anak Serina belajar solat lima waktu dengan ustaz yang datang ke rumah mereka dan belajar mengaji dengan ustazah menerusi video yang dimuatnaik di IGnya. Apapun, kami juga berharap semoga Serina terus diberi kekuatan kerana bukan mudah untuk membesarkan dua anaknya itu sejak bergelar ibu tunggal. Difahamkan, Serina juga bekerja keras berniaga ketika ini demi membesarkan dua anaknya itu.





Klik untuk gambar besar

















www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Serina Redzuawan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: