30 June 2019

"BERBALIK KEPADA REZEKI... MEMANG RISIKO" - FASHA TAK KISAH ORANG KATA


"Sebenarnya ia bergantung pada nasib dan rezeki seseorang itu sebab sebelum ini saya hamil Raysha, saya ada umum juga ketika kandungan di peringkat awal. Ada orang hamil lima bulan pun boleh mengalami keguguran. Semuanya adalah rezeki. Tak ada pun orang mengatakan kalau umum hamil awal nanti ada sesuatu tidak baik berlaku.





"Tapi saya tidak kisah apa orang nak kata. Ikut pada mereka yang ingin menilai sebab semuanya berbalik kepada soal rezeki," demikian kata pelakon Fasha Sandha yang memberitahu kegugurn yang dialaminya bukan kerana dia membuat pengumuman tentang kehamilannya terlalu awal.

Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, berkata dia menganggap apa yang terjadi itu bergantung kepada nasib dan rezeki seseorang itu. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri 'Syurga Yang Kedua' ini memberitahu dia akan lebih berjaga-jaga sekiranya diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi.

Klik untuk gambar besar


"Di usia saya ini memang mempunyai risiko untuk hamil tapi apa yang saya dapat belajar selepas ini supaya tidak terlalu aktif di masa hadapan. Jika hamil lagi, saya perlu banyak berehat dan tak boleh lakukan banyak aktiviti sehingga tidak sedar diri sedang mengandung," ujarnya.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz yang dinikahi pada 30 Mac lalu ini mengalami keguguran pada usia kandungannya hampir mencecah tujuh minggu pada 10 Jun lalu. Fasha sebelum ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai).




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: