15 August 2019

DIKOMEN "SIA-SIA JER TUA TAK BOLEH BUAT ANAK" - ALYAH 'SEKOLAHKAN'


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan telah memuatnaik sekeping foto bersendirian di akaun Instagram (IG). Melihat entri tersebut, Alyah menulis kata-kata semangat untuk dirinya sebagai kapsyen.





Namun, tiada angin tiada ribut, terdapat seorang netizen yang meninggalkan komen kesat dengan mengaitkan suami Alyah, pengarah muzik Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram: "Tanpa suami di sisi tak guna wahai @alyah81. Sia-sia je tua tak boleh buat anak. Suami pulak hampir rebah ke bumi".

Alyah tidak berdiam diri malah terus bertindak membalas komen individu terbabit: "Kesian kat awak. Kerja jaga rumah tangga orang je. Allah SW tu sebaik-baik perancang. Cuba awak belajar baca Al-Quran dan kisah Nabi Insya-Allah awak akan jadi manusia yang peka dengan hati dan perasaan orang lain.

"Tak takut ke awak tanpa kemaafan hati yang awak sakitkan tu. Mungkin awak dah terbiasa nak cari viral dan popular dengan cara macam ni," tulis Alyah yang menerima komen dimana rata-rata pengikutnya turut tidak berpuas hati malah berpesan supaya Alyah yang bernikah dengan Tok Ram di Indonesia pada 18 Mac 2013 itu tidak melayan individu tersebut.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alyah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: