11 August 2019

ISABELLA LAHIR SECARA BEDAH - NOURUL TERPAKSA BUANG 'ABNORMAL CELL'


"Saya baru balik dari hospital. Minggu depan saya perlu menjalani 'minor operation'. Hanya memakan masa selama 30 minit sahaja. 'Abnormal cell' dekat serviks kena dibuang. Puncanya Isabella lahir keluar kut tingkap tapi takpa benda nak jadi," kata penyanyi Norul Wahab Depp menerusi Instagram TV.





Nourul mendedahkan bakal menjalani pembedahan bagi membuang 'abnormal cell' di bahagian serviks pada 14 Ogos ini. Menurut Nourul, pembedahan itu terpaksa dilakukan disebabkan anak bongsunya, Isabella Depp dilahirkan secara pembedahan.

Tambah penyanyi lagu 'Kerana Terluka' itu, dia turut berpesan kepada kaum wanita untuk melakukan pemeriksaan 'pap smear' setiap tahun: "Itulah jadi perempuan banyak perkara yang perlu dijaga. Jangan lupa lakukan pemeriksaan 'pap smear' iaitu ujian saringan bagi mengesan kanser serviks.

Klik untuk gambar besar


"Saya setiap tahun melakukan pemeriksaan, nasib baik boleh kesan awal. Kalau lama boleh menyebabkan kanser," tuturnya yang mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.

Sebelum itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda binti Abdul Wahab itu pernah berkahwin dengan Ajai sebelum bercerai dan hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nourul Wahab Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: