31 August 2019

NADZMI ADHWA KHATAM AL-QURAN PADA USIA 27: "HARI MENANTI HARI..."


"Alhamdulillah. Setelah satu tuntutan. Masih banyak kekurangan banyak lagi kena belajar dan terus belajar. Umur 27 baru nak khatam. Sesungguhnya sangat berharga Al-Quran ini pada saya. Tak ternilai harganya. Tiada kata yang mampu saya ucapkan," tulis pelakon Nadzmi Adhwa yang memaklumkan berita gembira apabila dia mengumumkan sudah berjaya khatam Al-Quran pada usia 27 tahun.





Meski ia dirasakan agak lewat, bagaimanapun usaha bintang ini nyata mendapat pujian ramai. Nadzmi turut berkongsi momen sekitar majlis khatam Al-Qurannya menerusi Insta Stories dan Instagram miliknya. Bagaimanapun pada kapsyen akhir, Nadzmi sperti memberikan bayangan sesuatu apabila meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk dirinya, dalam hari meniti hari.

"Semoga Allah permudahkan segalanya bagi saya. Dan memberikan keberkatan dalam hidup saya. Hari menanti hari. Doa yang baik baik untuk saya ya. Hari yang sangat bermakna buat saya," maklum Nadzmi lalu mendapat reaksi pelbagai di ruangan komen.

Malah, respon yang diberikan rakan selebriti juga turut menjadi tanda tanya, sama ada mungkin Nadzmi bakal akhiri zaman bujang, tidak lama lagi. Kalaulah betul... siapa gerangan gadis bertuah tu ya? Apa pun, kita doakan semoga urusan Nadzmi dipermudahkan. Sama-samalah kita nantikan...

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nadzmi Adhwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: