03 September 2019

"ANAK-ANAK MENJADI MANGSA... TAHAN SEBAK" - INTAN LIANA SALEH


Menerusi laman Instagram, bekas isteri kepada pemuzik bebas Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh telah memutnaik status mengenai anak-anaknya dan ia telah mengundang spekulasi. Intan seakan memberikan bayangan anak-anaknya itu sudah lama tidak bertemu dengan bapa mereka.





Melihat kapsyen yang ditulis, Intan akui tidak dapat tahan rasa sebak apabila anak sulungnya sering bertanyakan soal Ude, terlalu rindukan kasih sayang seorang bapa: "Kadang kadang si abang bersuara bertanya.. dan jawapan aku sama! Rasa sakit itu ada! Anak2 menjadi mangsa... tahan sebak.. nasib baik sidekmok tak pandai cakap lagi... die follow je ape abg ckp.. alahai busuk dede".

Tidak dapat dipastikan apa masalah sebenar, tetapi walaupun sudah bercerai, anak-anak tetap amanah Allah SWT yang harus dijaga dengan sebaiknya. Berikan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya kepada mereka agar tidak rasa trauma serta kehilangan disebabkan perpisahan yang berlaku. Paling penting jangan abaikan tanggungjawab meskipun sudah mempunyai kehidupan baharu.

Klik untuk gambar besar


Meskipun bukan bergelar selebriti, kontroversi rumah tangga Intan dan Ude yang juga suami kepada pelakon Izreen Azminda itu menjadi perhatian ramai. Kini kedua-duanya sudah meneruskan kehidupan masing-masing.

Ramai orang di luar sana yang mahu melihat hubungan Intan dan Ude kekal positif demi dua orang anak mereka, Arish Muqri dan Ariq Muqri yang masih kecil. Mengharapkan lelaki itu tetap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik.








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Intan Liana Saleh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: