29 September 2019

DESAS-DESUS KAHWIN SENYAP - FENDY BAKRY TAMPIL NAFI


Pelakon Fendy Bakry, 31, baru-baru ini telah didakwa sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan kekasih pada penghujung Ogos lalu. Bagaimanapun, pelakon drama 'Cinta Belum Tamat Tempoh' itu tampil menafikan desas-desus tersebut. Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri berkata, dia terkejut apabila membaca gosip mendakwa dirinya sudah bernikah dengan wanita yang turut terbabit dalam industri seni.





"Saya belum lagi berkahwin dan saya sendiri takkan berahsia apabila jodoh sudah tiba. Tidak logik saya berkahwin ketika ini kerana saya begitu sibuk dengan penggambaran drama 65 episod yang belum ditentukan judulnya. Berkahwin juga bukan perkara main-main, tentunya ia memerlukan persiapan rapi," katanya ketika mengulas desas-desus dirinya sudah mendirikan rumah tangga, kira-kira sebulan lalu.

Fendy berkata, sudah tentu dia mempunyai perancangan untuk menaiki pelamin, namun masanya belum tiba untuk dia berbuat begitu: "Soal jodoh, biarlah Allah yang tentukan. Apa yang pasti, saya tidak akan berkahwin, tahun ini. Jujurnya, saya enggan terlalu memperkatakan soal jodoh, bimbang apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Saya bimbang diri ini juga yang malu nanti".

Klik untuk gambar besar


Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 itu juga berkata, dia belum bersedia mendedahkan identiti gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya: "Cukuplah jika dikatakan, saya sudah ada kekasih. Siapa gerangan si dia, tidak perlulah saya hebahkan dahulu. Tidak ramai pun yang tahu mengenai kekasih saya.

"Bukan mahu berahsia, tetapi saya perlu memastikan si dia menjadi milik saya terlebih dahulu, barulah seronok berkongsi cerita kami. Lagipun, saya bukannya seorang yang suka berkongsi kisah peribadi, terutama membabitkan pasangan dan keluarga. Biarlah hanya saya yang ke depan, tanpa perlu membabitkan mereka," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Fendy Bakry


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: