15 October 2019

BILA MASYA MASYITAH 'DITERTAWAKAN' NETIZEN, EDIT SAMPAI 'BENGKOK'


Penyanyi muda yang merupakan juara Ceria Popstar Musim Kedua (2014), Masya Masyitah telah memuatnaik gambar dirinya mengenakan sepersalinan blaus dan seluar putih menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini. Bagaimanapun, gambar tersebut telah menerima reaksi sehingga ada yang peminat dan warganet tertawa apabila Masya gagal menyunting foto peribadinya itu.





Menerusi foto terbabit, Masya dilihat cuba untuk menambah nilai foto terbabit dengan cara suntingan menerusi aplikasi suntingan dalam talian. Suntingan melibatkan bahagian pinggul dan cubaan Masya untuk mengecilkan bahagian paha hingga menyebabkan imej sekeliling terjejas.

"Photoshop fail. Sampai bengkok dinding dia edit," tulis salah seorang pengguna menerusi ruangan Twitter sambil tertawa yang meraih perhatian pengguna lain yang turut terhibur dengan tindakan Masya.

Klik untuk gambar besar


Namun, ada juga yang menyelar tindakan mentertawakan penyanyi itu dan menganggap tindakan memalukan Masya di media sosial sebahagian daripada buli siber. Dalam masa sama, ramai juga netizen yang garu kepala melihat penampilan Masya kerana sewaktu awal kemunculannya, dia sering mengenakan pakaian yang labuh dan sopan sesuai dengan imej muslimahnya.

Rata-rata netizen turut melahirkan rasa kecewa melihat perubahan penampilannya sekarang yang agak berlainan semasa awal kemunculannya. Mereka juga merasakan posing tayang 'aset' yang dilakukannya itu tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab.

Kalau anda menjengah ke laman Instagram Masya, dapat dilihat yang gadis itu sudah pun memedam entri yang mengandungi gambar-gambar ini. Untuk makluman, Masya, 19, pada mulanya hanya menyanyikan lagu 'cover' di laman Youtube namun kini mampu berdiri tinggi di persada seni dengan beberapa lagu popularnya seperti 'Mawar Terbiar', 'Teman Bintang' dan 'Halimunan'.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Beautifulnara & Instagram Masya Masyitah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: