15 October 2019
INTAN NAJUWA: "WE STILL HAVE THE LIMIT, WE HAVE THE BORDER"
"Saya bukan nak cakap yang saya boleh dipegang-pegang oleh semua pelakon lelaki. Saya tahu limit saya macam mana. We still have the limit, we have the border," demikian kata pelakon Intan Najuwa yang tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi selepas foto mesra yang memperlihatkan pelakon Zul Ariffin meletakkan tangan di pahanya sehingga menerima kecaman dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkata, dia masih tahu menjaga batasan dan mempunyai limit tertentu dengan pelakon-pelakon lelaki gandingannya. Malah, tindakannya memuatnaik gambar hanya sebagai mempromosikan drama 'Setelahku Dimiliki' yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Intan memberitahu tidak terkesan dengan kecaman netizen biarpun cuba untuk melaga-lagakan hubungan dia dengan tunangnya menerusi ruangan komen di laman Instagram: "Drama ni untuk menghiburkan semua orang, tak ada kena mengena dengan tunang saya.
Klik untuk gambar besar
"Semua yang saya lakukan telah mendapatkan persetujuan daripada semua pihak. Keluarga dan tunang saya okey. Yang menjadi masalah sekarang ni hanyalah komen-komen netizen yang cuba laga-lagakan hubungan saya dan tunang," ujarnya.
Rata-rata netizen mempersoalkan perlakuan Intan sebagai tunangan orang dan mengecam tindakannya memuatnaik foto tersebut di platform media sosial, Instagram. Segelintir netizen berpendapat pelakon itu tidak menjaga hati dan perasaan tunangannya kerana bergambar mesra dengan lelaki lain: "Untungnya berlakon. Boleh bercuti, boleh naik bot, boleh angkat-angkat, boleh pegang-pegang." - "Rapat betul tunang tak jealous ke?" - tulis beberapa netizen.
Terdahulu, Intan dikecam susulan memuatnaik gambar didukung pasangan gandingannya dalam drama 'Tuan Danial' iaitu Idris Khan. Beberapa keping foto Intan didukung Idris yang dikongsi untuk mempromosi sebuah drama mengundang kecaman netizen yang menganggap aksi tersebut keterlaluan. Untuk makluman, Intan bertunang dengan Razrul Anwar Rusli, 38, pada 18 Ogos lalu di Thistle Hotel, Johor Bahru.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Intan Najuwa
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment