14 November 2019

HABIS PANTANG - ELFIRA LOY DEDAH WAJAH ANAK SECARA JELAS


Setelah lebih sebulan berpantang selepas selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada 1 Oktober lalu, pelakon Elfira Loy buat pertama kalinya mendedahkan wajah anakya, Muhamad Rayyan Khalaf secara jelas di akaun Instagram miliknya. Sepanjang tempoh berpantang, Elfira sering berkongsi perkembangan terbaru dirinya dan anak tetapi tidak pernah memaparkan wajah penuh Rayyan.





Dalam entri tersebut, Elfira berkongsi foto berkenaan selepas tempoh berpantangnya tamat: "Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari terakhir ibu saya berpantang. Yahoo saya dah boleh keluar. @muhamadrayyankhalafofficial," tulisnya.

Foto tersebut mendapat perhatian pengikut Elfira yang rata-rata memuji wajah anaknya kacak walaupun masih bayi DAN seiras 'chinese look'. Ada uga menyifatkan wajah Rayyan saling tidak tumpah seperti bapanya: "@puananissuhailah: Muka ayah dia sangat." - "@zaineyazneyra_: Chinese look la baby." - "@wanyfizan_: He's too cute." - "@saraasfiah: Cutenya baby boy." - "@syahirahkasim: Handsome boy," puji pengikutnya.

Untuk makluman, Elfira dan suami Muhamad Faris Khairol Anuar Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu. Kehadiran anak memberikan kebahagiaan didalam rumah tangga. Semoga Rayyan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Memang geram betul tengok pipi dan paha gebu Rayyan, comel betul!

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Elfira Loy & Muhamad Faris Khairol


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: