Menerusi laman media sosial Instagram, penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi momen menunaikan ibadah umrah. Kongsi bapa kepada empat cahaya mata ini, dia telah selamat tiba Tanah Suci Mekah bersama keluarga.

Malah, rakan penyanyi Imran Ajmain turut serta menunaikan ibadah umrah bersama keluarga Fazley: "Bismillah... @azrene_ahmad @fariedzfazley @imranajmain. Day 1: #Jeddah 2am - Alhamdulillah, we have arrived safely. Telah #Ihram dan niat ketika pesawat melewati #Miqat. Bismillah!," tulisnya yang menerima komen dimana rata-rata peminat mendoakan segala urusan Fazley dipermudahkan.
Imbas kembali, Fazley mendirikan rumah tangga bersama Azrene Soraya Abdul Aziz pada tahun 2006. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz, 12, Ahmad Fieradz, 10, Ahmad Fierudz, 9 dan Alayna Salma, 3.
Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Fazley Yaakob
________________________

No comments:
Post a Comment