22 January 2020

MUATNAIK FOTO RESTORAN - NETIZEN KECEWA LIYANA JASMAY 'FREEHAIR'


Umum mengetahui mengenai pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay yang telah hampir dua tahun mengenakan hijab iaitu pada 2017. Namun sejak kebelakangan ini cara pemakaian tudung Liyana menjadi perhatian ramai dan sering dikritik. Malah ada netizen mendakwa pelakon filem 'Sindiket' itu seolah mempermainkan agama.





Melihat penampilannya kini yang dilihat lebih selesa memakai topi atau 'snowcap' dengan pelbagai gaya. Susulan cara pemakaiannya itu ada yang mendakwa Liyana memakai tudung sekadar main-main dan bakal membukanya suatu hari nanti.

Bagaimanapun, baru-baru ini foto yang dimuatnaik oleh Liyana di sebuah restoran bersama keluarganya menjadi bualan ramai apabila pelakon itu dilihat tidak bertudung. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat foto tersebut dan bertanyakan kepada tuan badan mengenai perkara itu.

Dalam pada itu ada yang mengatakan mungkin itu gambar lama, namun ada netizen menjawab kedua-dua anaknya sudah besar di dalam gambar tersebut. Meskipun ramai yang mengecam, namun banyak komen positif dari netizen yang meminta orang ramai untuk bersangka baik serta mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon itu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, CARI Forum & Instagram Liyana Jasmay


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: