"MasyaAllah.. Alhadulillah rezeki. Tambah lagi legasi Zul Yahya... Semoga dikurniakan kesihatan yg baik buat bidadariku.. Aamin," demikian tulis pelakon Zul Yahya menerusi laman Instagram yang berkongsi berita gembira apabila bakal menerima anak keenam tidak lama lagi.

Zul memuatnaik foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan dua garisan yang membawa makna positif hamil. Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mengucapkan kesyukuran dan memberi ucapan tahniah buatnya dan pasangan.
Untuk makluman, Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta dua lelaki berusia antara 1 hingga 8 tahun.
Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Zul Yahya
________________________

No comments:
Post a Comment