22 January 2020

REBAH SELEPAS JOGGING - KOMPOSER FAIZAL UZIR @ LOK U DIJEMPUT ILAHI


Takziah kami ucapkan kepada keluarga komposer dan penerbit muzik terkemuka tanah air, Faizal Uzir atau lebih dikenali dengan nama Lok U atas pemergiannya yang meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi tadi (Rabu).





Kami difahamkan Allahyarham mengalami sesak nafas selepas pulang dari jogging dan rebah di kediamannya di Puncak Jalil, Seri Kembangan. Allahyarham kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang selepas isteri, Jamariah Yusof menghubungi ambulans. Jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya selepas prosedur bedah siasat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak lelaki Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial serta seorang anak perempuan Yasmin Dania. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: