04 January 2020

"WAHAI JODOH, MANA KAU NYOROK..." - NAZIM RANCANG KAHWIN TAHUN INI


"Tengah mencari jodoh buat diriku yang kesendirian. Kalau ada kenal sesiapa yang baik, tak banyak karenah, bijak, matang & independent.. PM tepi. Kita plan nak kawen tahun ni. Wahai zaujahku, aku tau kau ada somewhere out there. Bila sampai waktunya Tuhan pertemu dan satukan kita, aku berikrar akan menjagamu dengan baik. Sesungguhnya aku telah belajar dari kekhilafan lalu..





"Banyak yang Tuhan sudah tunjuk padaku dan aku akur dengan takdirku, takdir kita. Aku akan terus setia menantimu di sini. For now, take care sayangku," demikianlah tulis pelkon Nazim Othman menerusi laman Instagram.

Pelakon drama bersiri 'Suri Katriana' ini telah meluahkan perasaan bersama pengikutnya baru-baru ini. Dalam entri yang dimuatnaik, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman yang kini berstatus duda memaklumkan bahawa diakini sedang mencari pasangan hidup.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Nazim turut berharap ditemukan dengan pasangan hidup yang tak banyak karenah, bijak, matang dan berdikari. Menerusi entri terkini, Nazim turut meluahkan perasaan sama perihal pasangan hidupnya. Melihat pada bahagian komen, peminat mendoakan agar Nazim dipertemukan jodoh yang baik dan berbahagia selalu.

Terdahulu, Nazim pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally pada 10 September 2016. Bagaimanapun, keduanya bercerai pada 2 Mei 2018.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nazim Othman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: