19 February 2020
AMAR ASYRAF: "SAYA AKUI BUAT SALAH.. DAH MINTA MAAF DEKAT ISTERI..."
Pelakon Amar Asyraf, 32, sebelum ini hangat diperkatakan selepas terpalit pelbagai kontroversi termasuk menceraikan isteri keduanya dengan talak tiga. Terkini, Amar, 32, memberitahu kehidupannya berjalan seperti biasa. Bagaimanapun Amar berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana perlu menjaga hati banyak pihak.
"Sekarang saya okay sahaja dan menjalani kehidupan seperti biasa. Sebolehnya saya tidak mahu ulas lanjut sebab takut menyinggung hati orang lain. Jadi saya pilih untuk tidak lagi bercakap hal peribadi," katanya ketika ditemui semasa tayangan perdana filem 'Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda'.
Pada 28 Januari lalu, isteri keduanya iaitu Vivi Jeffry mendedahkan dia sudah diceraikan talak tiga oleh suaminya secara bersemuka pada 4 November tahun lalu. Bagaimanapun Vivi berkata sehingga kini Amar masih berdiam diri dan enggan bekerjasama untuk menguruskan proses perceraian mereka di mahkamah.
Sementara itu, Amar memberitahu segala tindakan yang dilakukannya sebelum ini diketahui isteri pertama, Arna Salleh. Malah, isterinya itu juga menasihati dia untuk tidak lagi bercerita mengenai kisah peribadi kepada umum.
Klik untuk gambar besar
"Isteri saya sejak dulu okay dan dia lebih tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi. Isteri minta saya jangan kongsi apa-apa cerita sebabnya apa sahaja kebaikan kita buat tetap orang kata kita salah.
"Saya akui ada juga buat salah cuma saya rasa tak perlu nak ulas lanjut dan saya pun dah minta maaf dekat isteri, malah dia izinkan dan tahu apa yang saya buat sebelum ini," ujar Amar yang mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.
Menerusi laporan mStar pada 11 Oktober tahun lalu, Vivi tampil membuka mulut dan mengaku mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu. Vivi berkata dia terpaksa menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain menyedari statusnya sebagai isteri kedua.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Amar Ashraf
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment