24 March 2020

"ENAM TROLI SEBAB UNTUK TIGA BUAH RUMAH..." - EINA BERANG DITUDUH PENTINGKAN DIRI


Pelakon Datin Eina Azman baru-baru telah memuatnaik satu 'screenshot' dan menempelak netizen yang mendakwa dirinya bersikap mementingkan diri apabila dilihat membeli barangan keperluan secara berlebihan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.





Menurut Eina, dia mengakui memang ada membuat pembelian sehingga enam troli, namun, itu bukanlah untuk kegunaan dirinya sendiri, sebaliknya, keperluan bagi tiga buah keluarga: "Pertama sekali, saya memang beli enam troli (barang keperluan harian), sebab saya beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan untuk adik ipar saya yang berkeluarga besar. Jadi apa masalahnya?

"Saya tak fikir orang??? Kalau saya tak fikir orang, saya takkan bagi bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin haritu. Maaf, bukan nak riyak atau apa," jelasnya menerusi satu posting yang dimuatnaik di Instagram.

Dalam entri tersebut, Eina turut memuat naik paparan komen daripada individu yang mempertikaikan tindakannya itu. Katanya, lagi, dia kecewa dengan sikap segelintir manusia yang suka menabur fitnah untuk memburuk-burukkan orang lain.

Klik untuk gambar besar


"Saya tanpa ada masalah apa-apa pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama. Jadi, tolong jangan sibuk urusan orang lain. Jangan tahu nak mnegata dan bercerita hal orang," pintanya.

Perkongsian Eina itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya termasuklah rakan artis: "Ada penyakit hati tu, apapun terima kasih sebab selalu bantu orang-orang yang memerlukan," tulis Bella Astillah.

"Itulah, kadang-kadang sebab malas orang perhati, pergi sampai dua pasar raya, sebab satu pasar raya untuk dapur sendiri, satu lagi mama papa. Takut mata-mata macam ni lah fitnah bukan-bukan," komen Nad Zainal.

Terdahulu, seorang pengguna Instagram dikatakan meninggalkan komen tersebut di salah satu posting di akaun sahabatnya, pelakon Betty Rahmad.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Eina Azman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: