15 June 2020

HAMZAH KINI SETAHUN - HASRAT ARWAH ABAM RAI HARI LAHIR PERTAMA ANAK BERSAMA TAK SEMPAT


"Arwah pernah rancang untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran pertama Hamzah. Arwah kata akan sambut di mana-mana saja untuk anak dan isteri kesayangannya tetapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan," tutur balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang mendedahkan arwah suaminya itu pernah menyuarakan hasrat untuk meraikan ulang tahun kelahiran pertama anak mereka bersama namun tidak sempat apabila Abam dijemput Ilahi.





Tanggal 14 Jun adalah hari bersejarah buat keluarga kecil Allahyarham Abam dan Hidayah. Menerusi akaun Instagram (IG) Hidayah, 28, mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

"Selamat hari lahir buat anak kesayangan ibu genap 1 tahun Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar. 14.06.20, semoga menjadi anak yang solleh buat ayah & ibu. Al-fatihah buat arwah suamiku Syed Umar Mokhtar," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Hidayah memuatnaik sebuah rakaman video bersama Hamzah sambil memegang sebiji bantal yang dicetak foto arwah. Ketika dihubungi, Hidayah mendedahkan arwah Abam pernah menyuarakan hasrat untuk meraikan hari bermakna itu bersama.

Untuk makluman, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.














www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hidayah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: