03 June 2020

"HARAP SEMUA LEBIH BERTANGGUNGJAWAB..." - NEELOFA TEGUR AKAUN PALSU KELUAR 'TWEET' TIDAK SESUAI


Baru-baru ini, terdapat pihak yang bertanggungjawab telah menggunakan nama dan foto profil milik pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa di laman Twitter serta mengeluarkan kenyataan yang kurang sesuai. Neelofa menerusi laman Twitternya, meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak terbabit dan berkata perkara yang dilakukan itu adalah sesuatu tindakan yang tidak beretika.





"Tindakan individu menggunakan nama dan profile picture yang serupa dan dalam masa yang sama, mengeluarkan tweet yang kurang bersesuaian adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika. Semoga kita semua sentiasa menjadi pengguna media sosial yang bijak," tulisnya.

Bekas pengacara MeleTOP ini berkata demikian bagi menegur beberapa akaun Twitter palsu menggunakan identitinya. Malah, kenyataan yang dikeluarkan di akaun palsu itu telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan netizen yang menganggap tweet tersebut milik Neelofa.

Klik untuk gambar besar


Selain menggunakan kata-kata kasar, pemilik akaun palsu tersebut memetik nama-nama individu lain yang boleh menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak. Susulan itu, segelintir netizen menyarankan agar Neelofa mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun, pelakon drama 'Suri Hati Mr Pilot' ini berkata, dia belum terfikir untuk melakukan perkara berkenaan sehingga tahap itu: "Tak naklah sampai ke tahap itu. Hanya berharap semua orang lebih bertanggungjawab dalam keghairahan bermedia sosial," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: