15 June 2020
MUATNAIK FOTO BERSAMA - INTAN NAJUWA JALIN SEMULA DENGAN BEKAS TUNANG?
Menerusi laman Instagram, pelakon Intan Najuwa telah memuatnaik sekeping foto bersama bekas tunang.
Walaupun tanpa kapsyen dan foto yang dikongsi bukanlah secara penuh, namun ia seakan-akan menceritakan perihal perkembangan hubungan baik di antara keduanya.
Sementara itu menerusi ruang komen pula, netizen mulai membuat spekulasi sendiri, membayangkan mereka sudah berbaik.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Intan Najuwa, 23, mengesahkan dia sudah putus tunang pada Februari lalu bersama ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39, kerana sudah tidak ada persefahaman.
Keduanya mengambil keputusan tersebut selepas kira-kira 10 bulan mengikat tali pertunangan.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Intan Najuwa
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment