21 June 2020

"MUNGKIN INI VIRAL TERAKHIR... KISAH NOVEL HIT 2019 TAMAT DI SINI" - DR ERIN MULA HIDUP BAHARU, AURA KE-19 BERAKHIR


"Tengok Instagram tiba-tiba nampak macam kenal saja muka ni, akak tak kisah pun... mungkin ini adalah viral yang terakhir kut. Selepas ini saya dan anak-anak nak mulakan kisah hidup baharu kami dengan aman dan bahagia hendaknya disamping orang-orang yang boleh menerima seadanya kami yang serba kekurangan ini.





"Alhamdullilah semua sudah selamat dan kisah novel hit 2019 tamat di sini!," tulis bekas isteri kepada Da'i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali Dr Erin, 40, yang mahu memulakan hidup baharu bersama anak-anak selepas lebih setahun kisah rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat netizen.

Dr Erin berkata hal perkahwinan, perceraian dan berita keguguran kandungan menjadi penutup kepada kisah peribadi hidupnya. Meskipun menerima pelbagai komen negatif daripada netizen, Erin berkata dia tetap bersyukur kerana masih ada pihak memberikan sokongan.

"Terima kasih diatas ucapan baik mahupun kejian, saya bersyukur masih ramai yang sayag dan beri kata-kata semangat selama ini kepada saya. InsyaAllah doakan saya dengan kisah adaptasi novel terbaru (SYG 94) selepas ini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Pada November tahun lalu, perkahwinan Da'i Farhan atau nama sebenar Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, dengan janda anak lapan itu di Makkah mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

Farhan kemudiannya mengambil keputusan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka dan perceraian dengan talak satu itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatApps.

Bagaimanapun, pada 27 April lalu, Erin mengesahkan hubungan rumah tangganya dengan Farhan sudah berakhir ketika dia sedang hamil tiga minggu. Lebih menyedihkan pada Jumaat lalu, Erin memberitahu kandungannya itu mengalami keguguran.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: