21 June 2020

UCAPAN ALEESYA SEMPENA HARI BAPA: "TERIMA KASIH SOKONG SAYA SEJAK 11 TAHUN LALU..."


Sempena Hari Bapa, anak kepada penyanyi, pelakon dan pengacara Erra Fazira dan ahli perniagaan Engku Emran iaitu Engku Aleesya telah mengucapkan terima kasih kepada ayahnya yang sentiasa ada dengannya dalam apa juga situasi.





"Selamat hari bapa kepada ayah saya yang rajin dan penuh dengan kasih sayang. Terima kasih kerana menyokong saya sejak 11 tahun lalu dan saya harap, ayah akan sentiasa ada bersama saya sehingga saya dewasa.

"Ayah dah membantu saya dalam pelbagai situasi tidak kiralah besar atau kecil. Menitipkan rasa penghargaan dalam bentuk kata-kata mungkin sukar, tapi lebih baik dalam perbuatan. Sayang ayah," tulis Aleesya yang kini berusia 11 tahun dalam titipan penuh kasih sayang itu.

Engku Emran yang juga suami kepada pelakon Laudya Cynthia Bella turut memuatnaik ucapan terima kasih kepada anak perempuan itu yang menitipkan ucapan selamat hari bapa. Dalam muatnaik itu, bekas suami Erra itu turut berkongsi gambarnya dengan tulisan ucapan daripada Aleesya. Perkongsian Emran di Instagramnya itu menerima lebih 17,800 tanda suka daripada warganet.

"Terima kasih, sayang. Ia adalah sesuatu yang sangat bermakna. Perkara yang selalu buatkan ayah rasa risau adalah apabila tak tahu apa yang bermain dalam perasaan Aleesya. Ayah doakan Aleesya sentiasa menjadi penyejuk mata ayah," tulis Emran di Instagramnya yang kini menerima lebih 17,800 tanda suka daripada warganet.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: