04 July 2020

BILA EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID SALING BERBALAS PANTUN UCAP 'I LOVE YOU'


Pelakon Eyka Farhana menerusi laman sosial Instagramnya telah memuatnaik foto dia bersama seorang lelaki dari belakang yang dipercayai pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid dengan memakai baju bercorak sama. Hubungan istimewa antara Eyka dan Akhyar dilihat semakin serius apabila kedua-dua mereka berani meluahkan ucapan I love you secara terbuka di media sosial.





Diruangan komen tersebut Akhyar menulis pantun romantik kepada pelakon berkenaan: "Buat pondok dari kayu, saya nak cakap I love you," tulis Akhyar. - "Ini yang lemah ni. Belai rambut nampak kutu, I love you too," jawab Eyka.

Aksi pasangan itu mendapat perhatian netizen yang turut membalas komen Akhyar dengan pantun-pantun lucu: "Pergi kedai jumpa nyonya, dia I punya. - "Lahir bulan Mac, I love you so much. - "Makan ayam minum air, dah lemah lepas tu cair," komen beberapa pengikut Eyka.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, beberapa keping foto mesra serta boomerang Akhyar dengan Eyka ketika bercuti di sebuah destinasi percutian popular di luar negara tersebar di laman sosial. Rentetan dari insiden tersebut, Akhyar tampil bersuara dan meminta peminatnya tidak lagi berkongsi aksi mesra pasangan itu.

Pasangan itu dilihat menghabiskan masa bersama beberapa rakan lain pada Disember lalu. Eyka bagaimanapun memadam foto-foto mesra berkenaan selepas menerima kecaman netizen.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: