05 July 2020

KANDUNGAN GUGUR - TOK' KI DAN ISTERI TETAP TABAH


"Saya berkahwin dengan To'ki sejak satu setengah tahun lalu dan kami berpindah ke rumah di Batu 12, Gombak ini sejak enam bulan lalu," kata isteri To'ki, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48.

Tambahnya, dia sepatutnya dikurniakan anak tahun ini, tetapi hajat itu tidak kesampaian apabila kandungannya gugur selepas dua bulan hamil.

Meskipun begitu, namun dia reda dengan takdir Ilahi dan menganggap rezeki belum berpihak buat mereka.





Katanya lagi, ketika To'ki mempelawanya berpindah ke rumah kecil itu, dia sukar untuk menerimanya.

"Ia bukan keputusan mudah terutama keadaan rumah ini dikelilingi hutan. Lagipun lokasinya yang jauh dari bandar menyukarkan untuk saya bekerja sambilan sebagai penulis kreatif. Namun, dia tetap berharap dan mahu membawa saya tinggal di sini.

"Walaupun keadaan rumah ini serba kekurangan kerana To'ki belum mempunyai bajet yang cukup seperti membina bilik air yang sempurna, tapi sudah cukup indah buat kami berdua tinggal bersama," ujarnya dipetik sebagai berkata di mana pada peringkat awal mereka tinggal di situ, rumah itu pernah dimasuki ular sawa.

"Walaupun rumah tempat kami berteduh ini tidak sempurna di mata orang, tetapi saya tidak pernah menganggap 'mahligai syurga' ini serba kekurangan," tambahnya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: