05 July 2020

KAK GIRL TEMUI CINTA BARU, PASANGAN SPORTING MENARI HINDUSTAN: "ALHAMDULILLAH, I FINALLY FOUND YOU..."


Personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Nur Amira Maslan atau lebih dikenali sebagai Kak Girl baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi foto terbaru bersama kekasih hati yang dikenali sebagai Osman Ali.





Kak Girl berkongsi sebuah foto bersama Osman atau lebih mesra disapa sebagai Maman untuk tatapan umum dan ia telah mencuri perhatian wargamaya: "Alhamdulillah, akhirnya jumpa awak selepas beberapa tahun. Rupanya awak berada di depan saya sahaja selama ini," tulis Kak Girl sebagai kapsyen foto.

Selain foto bersama, Kak Girl yang terkenal dengan parodi lipsync hindustan turut sama memuatnaik video terbarunya bersama Maman. Maman kelihatan sporting menyanyikan bait-bait lagu tersebut dengan cara tersendiri.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat 'instafamous' berusia 32 tahun itu sudah menemui pengganti dan mendoakan segala yang terbaik untuk pasangan ini melangkah ke peringkat yang seterusnya. Malah, penampilan Kak Girl yang semakin kurus dan cantik juga mendapat pujian pengikutnya.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, tahniah Kak Girl. Semoga kekal bahagia sehingga ke Jannah," doa seorang wargamaya. - "Perkara baik jangan ditunda, percepatkanlah. Doa saya semoga berkekalan hingga ke Jannah. Yang lepas tu jadikan sebagai satu mimpi yang telah berakhir," tegur seorang wargamaya.

"Yeay, tak sabar nak tunggu kad undangan Kak Girl," usik seorang wargamaya. - "Kak Girl selayaknya menerima sebuah kebahagiaan yang ada," kata seorang wargamaya lagi. - "Wah, confirm la lagi cantik lepas ni," puji seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 di Johor Bahru. Bagaimanapun, mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata itu mengambil keputusan untuk bercerai Oktober tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan & Instagram Kak Girl


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: