09 July 2020

NONNY KONGSI VIDEO BONCENG MOTOR KEKASIH - NETIZEN TEGUR 'TAK JAGA HALAL GAP'



Baru-baru ini, pelakon Nonny Nadirah telah berkongsi video di laman Instagram yang memperlihatkan dia sedang membonceng motosikal kekasihnya, pelakon Niezam Zaidi. Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang teguran daripada netizen. Rata-rata netizen berasa kurang senang dan menasihati agar pasangan itu menjaga batas pergaulan serta 'halal gap' memandangkan belum bergelar suami isteri.



"Semoga dipermudah jodoh Nonny. Tak baik bukan muhrim duduk rapat macam itu ya. - "Sis Nonny naik motosikal ini dah kahwin ke belum? - "Jauh-jauh dulu... nanti dah nikah barulah boleh sweet macam ni," komen beberapa netizen di laman sosial miliknya.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mendoakan agar pasangan itu dipermudahkan urusan dalam mendirikan rumah tangga secepat mungkin: "Alahai sweet... Nampak bahagia sangat. Terima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Cepat-cepat nikah. Tak sabar nak tengok. Moga panjang jodoh korang sampai akhirat amin.

"Suka tengok Nonny dan Niezam Zaidi. Insya-Allah saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan awak berdua. - "Cepat-cepat kahwin tau. Boleh sweet-sweet. Semoga kekal ke jinjang pelamin dan ke syurga," tulis netizen.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Niezam mendedahkan sedang bercinta dan merancang untuk berkahwin dengan Nonny pada akhir tahun ini. Dalam pada itu, menerusi perkongsian tersebut, Nonny meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang Allah berikan di saat dia berada dalam kesusahan.

"Dari grab ke motor, berhujan pakai plastik sampah, Alhamdulillah sekarang dah ada transport balik. Terima kasih buat sahabat-sahabat semua yang banyak membantu kami. Walau ada RM10 dalam poket jangan pernah putus asa sebab rezeki Allah yang bagi.

"Ingat tu! Jangan pernah putus asa! Teruskan dengan rajin bersedekah, utamakan keluarga, bantu sesama kita dan tengok magis yang akan berlaku dalam kehidupan korang," tulis Nonny yang bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nonny Nadirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: