09 July 2020

QI RAZALI & NIA ATASHA PUTUS CINTA



Sebelum ini iaitu pada April tahun lalu, pelakon Qi Razali pernah menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama model, pelakon dan bekas pengacara HLive, Nia Atasha Rosli. Namun ketika itu, dia mahu Nia mengejar impian dan menumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan terlebih dahulu.



Terkini, hasrat terbabit nampaknya tidak akan tejadi apabila Nia mendedakan hubungan cintanya bersama Qi telah berakhir pada sekitar awal tahun ini. Ketika dihubungi, Nia walaubagaimanapun menjelaskan dia dan aktor tersebut masih berkawan baik sehingga kini.

"Saya dan Qi tidak lagi bercinta sejak awal tahun ini, tetapi, apa yang boleh saya katakan, kami berdua okay sahaja dengan keputusan yang dibuat. Lagipun, saya dan Qi masih mengekalkan persahabatan kami sebagai rakan baik sehingga kini," katanya.

Tambah Nia, dia juga tidak mahu menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum terutamanya di media sosial: "Saya cuba untuk sentiasa bersikap tenang, saya juga tak kisah jika ada yang bertanya kepada saya secara terbuka di media sosial kerana saya tak mahu sorokkan perkara ini," jelasnya lagi.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: