09 July 2020

ULANG TAHUN KE-11 ANAK SULUNG - RITA KONGSI PENGALAMAN BERSALIN, DOAKAN AKHLAK SEINDAH SYURGA



Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Rita Rudaini telah mengimbas kenangan ketika melahirkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sempena ulang tahun kelahiran ke-11. Cerita Rita, kelahiran pertama itu disambut gembira oleh semua keluarga termasuk bekas suaminya iaitu pemain bola sepak Malaysia, Aidil Zafuan.



Menurutnya lagi, Aidil melayan semua permintaannya termasuk teringin untuk makan dan minum sesuatu sebelum melahirkan Airit: "Buah hati pertama penuh sentimental value. Bila dia lahir, semua orang gembira macam sambut menang peperangan. Mommy, daddy (Aidil), maktok, tokwan, paklong, paksu dan semua keluarga tunggu kelahirannya.

"Dah dalam labour room tiba-tiba teringin nak makan cheese cake dan coffee. Dah daddy turun beli. Makan memag tak ingat dunia macam lupa nak beranak... Tengahari dia nak keluar tapi tak boleh sebab mommy tak pandai, pertama kali kan.

"Kemudian, dah terbelit tali pusat pula dan doktor kena forceps tapi tak boleh juga. Akhir sekali vacum laa dan keluar je 'eh? Nape sebijik daddy ni?' Ok lah tak kisah pun sebab nak kami juga," tulis Rita.

Klik untuk gambar besar


Menerusi perkongsian tersebut, Rita memuatnaik foto Airit bersama kek dan lilin berbentuk nombor 11 melambangkan usianya. Pun begitu, Rita bersyukur kerana anaknya itu bersama dengannya susah dan senang menempuh liku hidup.

"Alhamdulillah, masa kecil susah nak senyum, pendiam tapi fokus dengan apa yang dia buat. Anak yang banyak tengok susah senang mommy, airmata mommy. Anak yang banyak belajar dari kesusahan mommy. Anak yang banyak faham perasaan mommy, anak yang membesar dengan seribu satu kisah kami.

"Tak sangka, anak ini 'di pilih' untuk jadi ketua keluarga kami. Airit Rayyan Rizqin moga akhlak mu seindah syurga. Besar nanti protect mommy dengan adik ya. Jangan main-main ya saya ada 2 anak lelaki yang strong dari kecil lagi hehe," katanya lagi.

Untuk makluman, Rita dan Aidil berkahwin pada tahun 2008 dan bercerai pada September 2013 Selain Airit Rayyan, mereka dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna, 9.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: