09 July 2020

ZARINA KONGSI GELAGAT AZAL 'MELAMAR' MIRA FILZAH: "SIAPA TAK NAK KAN..."



Pelakon Zarina Zainuddin menerusi Instagram miliknya telah berkongsi gelagat salah seorang anak kembarnya iaitu Azal yang mencuit hati apabila dia cuba untuk melamar dan 'memperisterikan' pelakon cantik molek, Mira Filzah.



Dalam masa sama, Zarina sempat memuji Mira yang menurutnya, sangat sesuai untuk dibuat menantu: "Buat hal Azal ni, nak melamar Mira Filzah pulak.. nasib lah Mira Filzah baik.. siapa tak nak kan dapat menantu cantik, baik dan hormat orang tua macam Mira Filzah ni," katanya.

Reaksi Mira Filzah yang dirakam dalam video tersebut boleh ditonton di saluran Youtube Mangkin Pictures. Dalam pada itu, rata-rata peminat berasa terhibur melihatkan gelagat Azal dan Mira Filzah yang mencuit hati.

Untuk makluman, Zarina mempunyai empat orang cahaya mata iaitu pasangan kembar, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22; Muhammad Naim Azraidan, 15; dan Muhammad Afam Azrai, 12 tahun.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Zarina Zainuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: