Nampaknya usahawan kosmetik, Safiey Illias dikecam lagi sekali oleh netizen susulan tindakannya yang tidak menapis bahan iklan sebelum mempromosikan di laman Instagram miliknya. Safiey dikatakan memuat naik sebuah video memaparkan seorang wanita bertudung yang bertindak menyelak bajunya sehingga menampakan sebahagian payudara.
Video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen dan menganggap Safiey kurang peka kerana tidak menapis iklan tersebut terlebih dahulu sebelum dalam menerbitkan untuk tatapan umum.
Netien menyifatkan iklan tersebut sangat melampau kerana seolah menghina agama sendiri kerana wanita berkenaan memakai tudung tetapi melakukan perkara sedemikian sehingga menampakkan bahagian tidak sepatutnya.
Melabelkan strategi pemasaran tersebut sebagai biadab, warganet juga menegur Safiey kerana tidak menapis dan memilih bahan reviu. Selain itu, pengikut IG juga berang kerana tindakan pemilik produk yang memakai tudung dan menayang aset itu seolah-olah mempermainkan serta menghina agama Islam.
Klik untuk gambar besar
"Saya mohon sangat kalau awak nak terima review macam ni mohon la yang buat video tu tak tutup kepala dengan selendang. "Marketing sampah! Please la jangan jadikan produk korang as produk sampah sebab cara marketing ni," antara komen ditulis warganet.
"Please respect, nak meniaga pun ada cara. Siapa ajar meniaga dengan menjatuhkan martabat agama? - "Inilah fitnah ke atas Islam yang dilakukan oleh orang Islam itu sendiri," tegur yang lain pula.
Bagaimanapun selepas dihujani ribuan komen yang menghentam produk tersebut, Safiey dilihat telah menutup ruangan komen namun video iklan berkenaan masih berada di ruangan Instagramnnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment