26 September 2020

"AKAK MACAM GAJAH MENGANTUK NI PUN ORANG MINTA" - ADIBAH NOOR DEDAH DIMINTA GAMBAR BOGEL



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon dan penyanyi Adibah Noor telah berkongsi paparan skrin perbualan yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya. Perkara tersebut telah mencuri tumpuan netizen.

Menerusi perbualan terbabit, pengguna berkenaan tampil memberikan salam namun kemudiannya meminta gambar bogel Adibah: "Salam kak hantar gambar bogel," tulis pengguna berkenaan.

Bagaimanapun, Adibah berseloroh dengan menghantar gambar kucing miliknya yang sedang tidur kepada individu tersebut: "Awak bayangkan je lah ni saya. Babai," balasnya ringkas.

Klik untuk gambar besar


Mengulas mengenai situasi tersebut, kata Adibah dia tidak menyangka akan menerima mesej sedemikian: "Akak yang macam gajah mengantuk ni pun orang minta. Bayangkan yang muda, cantik, mulus tu semua berapa banyak request macam ni yang mereka terima," tambahnya.

Bagaimanapun, pengguna berkenaan memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya itu: "Saya tak sengaja. Saya akan bertaubat, saya tahu atas kesalahan saya," tulis individu terbabit selepas diserang peminat Adibah.

Bagaimanapun, situasi yang berlaku kepada Adibah itu sedikit sebanyak mencetuskan rasa berang dalam kalangan peminatnya. Malah, ada yang meminta pelantun lagu 'Terlalu Istimewa' itu membuat laporan polis atas dakwaan gangguan seksual.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Adibah Noor

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: