18 September 2020

DIKECAM BUAT GURAU PASAL 'GELANG PINK' - INSTAFAMOUS, CHAZY NASH MOHON MAAF



Selebriti media sosial, Chazy Nash baru-baru ini menerima kecaman netizen apabila dia bertindak membuat gurauan mengenai 'gelang pink' yang diwajibkan pemakaiannya kepada mereka yang menjalani proses kuarantin COVID-19. 

Dia yang dilihat memakai gelang berwarna merah jambu itu ketika menjamu selera di sebuah restoran telah mengundang amarah dan perhatian daripada netizen.

Chazy telah berkongsi video tersebut di ruangan Instagram miliknya di samping permohonan maaf kerana telah membuatkan pelanggan restoran tersebut risau dijangkit penyakit itu dan mereka yang terkesan dengan video tersebut.

Klik untuk gambar besar


Dalam video tersebut, pelanggan lain dilihat sedang mengambil gambar dan video tindakan Chazy menerusi telefon bimbit masing-masing.

Namun, seorang pelanggan tampil menegur Instafamous tersebut dan rupa-rupanya gelang yang dipakai Chazy adalah gelang yang disediakan isterinya untuk mengelakkan dia keluar dari rumah, bukannya gelang kuarantin COVID-19.

Setelah mengetahui perkara sebenar, pelanggan di restoran tersebut telah mentertawakan insiden tersebut. Ketika meninjau ruangan komen, ada di kalangan netizen merasakan perkara tersebut tidak sesuai ditunjukkan kerana ianya isu sensitif dan membabitkan isu kesihatan.











www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Chazy Nash

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: