09 April 2021

ALHAMDULILLAH - SERINA REDZUAWAN SELAMAT KEMBALI BERGELAR ISTERI



"Bismillahirahmanirahim, sempena hari Jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Serina nak umumkan I dah selamat mendirikan masjid bersama suami," kata pelakon Serina Redzuawan yang mengumumkan dia kini telah selamat bernikah hari ini dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Aidid.

Berkongsikan berita gembira di laman Instagram sebentar tadi, Serina berkata majlis perkahwinannya diadakan secara tertutup di masjid dan mendahulukan perkara wajib.

Dalam pada itu, Serina turut meluahkan rasa syukur perkahwinannya direstui oleh bapanya, cef selebriti terkenal iaitu Datuk Chef Wan dan majlis perkahwinannya akan diraikan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Klik untuk gambar besar



"Majlis nikah kami secara tertutup sahaja. Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu. Benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah. Kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz.

"Alhamdulillah dia lah yang terbaik yang ALLAH kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku. Terima kasih Papa merestui perkahwinan kami.



"InshaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya. Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina & Aidid semangat serta doa.

"SAYANG TERIMA KASIH TERIMA I SEADANYA DAN KITA SALING MELENGKAPI KEKURANGAN MOGA MENDAPAT REDHA ALLAH SWT AMINN.." #aididserinatilljannah #alhamdulillah #officialhusbandandwife," tulisnya lagi.

Untuk makluman, Serina pernah berkahwin dengan Gavin Edward O-Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai pada 1 Ogos 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 9 tahun.









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Serina Redzuawan & Chef Wan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: