09 April 2021

NEELOFA AKHIRNYA MINTA MAAF ISU LANGGAR SOP, RENTAS NEGERI



"Saya seikhlas hati memohon maaf atas kesalahan SOP, dalam pengetahuan saya atau di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini. Saya dan suami mengakui dan menerima hati yang terbuka segala tindakan daripada pihak berkuasa. Sekali lagi saya nak memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini.

"Ada banyak perkara yang saya terlepas pandang dan saya patutnya memberi contoh yang lebih baik mengenai hal itu," itulah kata-kata selebriti popular Noor Neelofa yang akhirnya mengakui kesilapannya, selepas dikecam teruk gara-gara tidak sensitif dengan berkongsikan foto dan video aktiviti bersantai ketika berada di Langkawi.

Menerusi satu video, Neelofa tampil memohon maaf di atas kesilapannya iaitu isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis perkahwinannya dan rentas negeri. Kata Neelofa lagi, dia sepatutnya memberikan contoh yang baik kepada semua pihak terutama pengikutnya.

Klik untuk gambar besar



Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor pada masa sama turut memberi menjelaskan mengenai isu merentasi negeri dengan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi awal minggu lalu yang turut disertai suaminya.

"Penjelasan dan pencerahan tentang dua perkara iaitu tentang majlis perkahwinan saya baru-baru ini dan juga isu rentas negeri ke Pulau Langkawi. Saya buat hari ini kerana sudah selesai apabila kami (Neelofa dan Haris Ismail) kedua-dua keluarga hadir ke Balai Polis Dang Wangi bagi memberi kerjasama dan keterangan untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

"Saya dan suami pergi (ke balai polis) awal minggu ini dan keluarga suami beberapa hari lalu dan keluarga saya pergi pada hari ini. Alhamdulillah, untuk kehadiran ke balai polis sudah selesai. Kalau kita tengok ada banyak, pelbagai versi cerita di luar sana berkaitan dua isu ini dan saya seikhlas hatinya memohon maaf kerana... atas segala kesalahan SOP yang di dalam atau di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini," jelasnya.



Dalam kesempatan tersebut, Neelofa yang melangsungkan pernikahan dengan pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu itu turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua

"Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan. Semoga bulan mulia ini menjadi Ramadan yang terbaik buat kita semua. Sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan mendapat ketenangan serta keberkatan, Insya-Allah," tuturnya.

Sejak dua minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinannya dan suami, PU Riz atau nama sebanrnya Haris Ismail yang didakwa tidak mengamalkan penjarakan fizikal. Belum reda dengan isu itu, kecoh apabila tular kunjungan pasangan itu ke Langkawi atas urusan kerja namun gambar dikonsikan seperti bercuti.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Media Hiburan & Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: