13 April 2021

AWIE ADA SEBAB SOROK ANAK, BUKAN KERANA SOMBONG TAPI HATI-HATI



"Jika ada orang datang kat rumah, saya letakkan di dalam bilik sebab kita tak tahu kan, jangan nanti menyalahkan orang lain. Bukan kita sombong tetapi berhati-hati, dalam keadaan sekarang ini saya harap kawan-kawan saya semua faham," kata penyanyi Datuk Awie yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membawa bayi lelakinya, Andeeka keluar kerana risau dengan wabak Covid-19.

Ujar Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dia turut meletakkan anaknya yang berusia tiga bulan di dalam bilik jika ada tetamu datang di rumahnya.

Pada 18 Januari lalu, isteri Awie iaitu Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34, selamat melahirkan cahaya mata lelaki di pusat perubatan swasta KPJ Ampang Puteri, Selangor.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: